Kerjasama Usim Buskers, Alamanda dan Islamic Relief bantu mangsa Rohingya
Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu pelarian Rohingya yang menyentuh hati, dimana pelarian –pelarian ini tidak diterima oleh kerajaan Myanmar, atas usaha Usim Buskers Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dengan kerjasama Alamanda serta Islamic Relief , menganjurkan kutipan amal bagi membantu pelarian Rohingya.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada mahasiswa khususnya, memberi sumbangan dalam isu pelarian Rohingya seterusnya membuktikan mahasiswa peka dan prihatin dengan isu –isu semasa.
Usim Buskers merupakan kumpulan dibawah Pusat Kebudayaan Pelajar USIM.
Menurut En Juhairee pegawai Pusat Kebudayaan USIM pemilihan Usim Buskers sebagai salah satu jemputan untuk persembahan membuktikan pihak Alamanda menerima pemyampaian Dakwah yang dibawa oleh Usim Buskers.
“ Pemilihan Usim Buskers sebagai salah satu jemputan untuk persembahan oleh Alamanda untuk majlis ini memang satu peluang baik untuk kita tonjolkan kelainan konsep busking kita serta pihak Alamanda memberi kepercayaan dan menerima dakwah kita.” Ujar beliau ketika ditemuramah.
Selain itu pihak Alamanda berbesar hati menyediakan ruang kepada Usim Buskers untuk membuat persembahan di ruang legar bersempena pelancaran Unicard yang dberikan kepada mahasiswa yang hadir memeriahkan program pada hari tersebut tersebut.
Keunikan Usim Buskers adalah mereka membawakan persembahan busking berbentuk dakwah.
Ini kerana setiap persembahan yang dilakukan oleh mereka mempunyai unsur-unsur dakwah. Contohnya lagu selawat keatas nabi , semerah padi dan padaMu Kekasih yang sememangnya mempunyai mesej dakwah yang yang tersirat dalam setiap bait-bait liriknya serta dimainkan dengan alunan dan menggunakan peralatan muzik yang pelbagai.
Antara alatan muzik yang digunakan adalah Caklempong, bass, accordion,guitar dan beberapa alatan muzik yang lain. Apa yang ingin diketengahkan oleh Pusat Kebudayaan USIM adalah dakwah pada masa kini boleh ditonjolkan dengan pelbagai wadah supaya dekat dan dapat diterima oleh masyarakat.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM En Ismail Ahmed, beliau berhasrat memartabatkan seni berbudaya yang dapat memberi hiburan dan disamping itu dapat memberi maklumat dan dakwah dalam bentuk kesenian.
“ Saya melihat kebanyakkan muzik yang dimainkan kurang menekankan bentuk dakwah dan dengan itu saya ingin mengangkat muzik atau seni yang dapat memberikan dakwah dan membuat masyarakat kita berfikir tentang tuhan.” Ujar beliau.
Disamping itu Usim Buskers juga mempunyai kumpulan tarian yang akan mempersembahkan tarian-tarian tradisional yang melambangkan budaya bangsa Malaysia.
Tarian zapin Putar Alam dan beberapa tarian tradisonal akan ditarikan oleh kumpulan tarian USIM atau lebih dikenali sebagai Fansuri lincah dengan tari dan lenggoknya dalam membuat persembahan dan ini merupakan Keunikan Usim Buskers yang tidak terdapat dalam kumpulan buskers di Malaysia.