top of page

Lawatan I-GSN ke USIM

Usim, 7 Mei 2015 – Lebih 100 pelajar dari Indonesia dan Thailand telah menyertai lawatan ke kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibawah program Islamic Global School Network (i-GSN) di Nilai , Negeri Sembilan baru-baru ini.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menjemput pelajar Islamic Global School Network (i-GSN) untuk memperkenalkan USIM kepada pelajar antarabangsa. Lawatan itu dihadiri oleh pelajar daripada Madrasah Darul Najjah Indonesia dan beberapa orang pelajar daripada Thailand semalam.

Seramai 98 orang pelajar daripada Indonesia dan beberapa pelajar daripada Thailand menyertai rombongan lawatan tersebut. Diketuai oleh pelajar daripada Alamiyyah USIM iaitu saudari Hannah Hashim dalam memperkenalkan USIM kepada mereka.

Menurut guru pengiring Puan Luthifah Huzaidah, lawatan seperti ini merupakan satu daripada aktiviti tahun pelajar Madrasah Darul Najjah dalam mendedahkan sistem pembelajaran yang terdapat diluar Negara.

“ Lawatan seperti ini diadakan bagi memberi pengalaman dan motivasi kepada para pelajar Madrasah Darul Najjah untuk melanjutkan pelajaran di luar negara serta membuka minda mereka tentang pembelajaran diluar Negara.” Ujar beliau.

Sesi lawatan ini bertujuan membina hubungan erat antara kepelbagaian mahasiswa-mahasiswa yang wujud di USIM selain memperkenalkan USIM kepada pelajar antarabangsa.

Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara lawatan ke Radio USIM, bentuk aktiviti yang diadakan adalah memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman keudara bersama juruhebah yang bertugas ketika itu. Tambahan lagi, para pelajar juga boleh mempelajari cara megendalikan kamera dengan betul.

Apabila ditemurah, salah seorang pelajar Madrasah Darul Najjah Nafisha 17, mereka merasa gembira kerana lawatan mereka disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar USIM.

“ Saya merasakan pembelajaran disini seronok dan banyak perkara yang boleh saya perolehi disini dan pelajar-pelajarnya juga ramah dan mesra.” Katanya ketika ditemurah oleh wartawan.

Program i-GSN ini berlangsung selama seminggu bermula pada 5 hingga 8 Mei. TTujuan program ini diadakan adalah satu wadah dalam memhubungkan i-GSN dan juga pelajar USIM. Selain itu, membina hubungan multinational pengalaman antara pelajar i-GSN dan USIM. Tambahan lagi, ianya dapat membantu pembelajaran tentang permintaan kehidupan di universiti islam dan juga persediaan bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga dapat memperkenalkan budaya Malaysia disamping memgukuhkan hubungan antara pelajar USIM dan pelajar i-GSN.

Menurut pelajar komunikasi tahun tiga Nurul Hazwani Mustaffa, lawtan sebegini merupaka satu bentuk kokurikulum yang baik kepada mahasiswa.

" Saya amat menyokong aktiviti seperti ini kerana selaku mahasiswa di USIM ianya membantu saya dalam meningkatkan keyakinan diri dan berkomunikasi dengan pelajar antarabangsa selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim." Ujar beliau ketika ditemuramah.

Terdapat pelbagai aktiviti lain yang dijalankan antaranya, Seminar Akademik, Seminar Motivasi, Pendedahan Budaya Malaysia, Sesi BerBBQ Antarabangsa, Lawatan Ke Fakulti dan Permainan Tradisional.

jamboree 209.JPG

http://www.usim.edu.my/

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

bottom of page