top of page

ZAKAT MALAYSIA PRODUKTIF DALAM AGIHAN BANTUAN ZAKAT


Nilai- Bersempena sambutan jubli perak, 5 tahun Pusat Pungutan Zakat Malaysia (PPZ), satu forum bertemakan “ Kebersamaan Dalam Sistem Kutipan Dan Agihan Zakat” berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Forum berkenaan menampilkan moderator dan para penal yang tidak asing lagi dalam dunia zakat di Malaysia. Antara panel yang hadir dalam forum tersebut adalah Dr Amiruddin Muhammad; Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, selain itu , Dr Azman Ab Rahman ; pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang (USIM) dan Mohd Azlan Jaafar; merupakan Tokoh Asnaf Zakat Wilayah Persekutuan.

Menurut Dr Amiruddin bn Muhammad, terdapat beberapa prosedur dalam pengagihan zakat di Malaysia dalam mengagihkan kewangan zakat yang diperolehi setiap tahun. Pengagihan yang dijalankan merupakan satu proses dimana pihak zakat berharap bantuan yang diberikan sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Keadilan kepada zakat merupakan roh zakat itu sendiri. Dengan konsep berbaik sangka dulu dijalankan supaya pengagihan zakat disalurkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan,” katanya.

Selain itu, setiap pusat zakat di Malaysia menjalankan proses dengan mengumpulkan beberapa golongan kepada beberapa peringkat. Serterusnya setiap pusat zakat akan melakukan kajian pada setiap peringkat supaya tiada ketirisan maklumat berlaku.

Contohnya di Perak , pusat zakat mereka menubuhkan sahabat asnaf sebagai agen memberikan maklumat terus kepada pusat zakat negeri Perak. Dengan kewujudan agen sebegini diharapkan setiap golongan masyarakat yang layak mendapatkan zakat berpeluang memperoleh zakat dengan mudah.

Tambahan lagi, menurut Dr. Azman pengihan zakat adalah berbeza mengikut setiap negeri kerana taraf kehidupan yang berlaku di setiap negeri adalah berlainan. Oleh yang demikian, pendapatan golongan yang layak mendapatkan zakat adalah berbeza.

Apabila ditanya kepada beliau tentang proses pengagihan zakat, beliau menjawab, pengagihan zakat dilihat kepada keperluan. Konsep yang dijalankan adalah menghantar, merupakan satu konsep yang telah dijalankan pada zaman Rasullullah dengan bantuan amir sebagai agen kerana tiada penerima zakat yang memohon pada zaman Rasulullah melainkan pihak yang berkenaan turun mencari golongan yang memerlukan.

“Zakat diberikan mengikut keperluan daruriyyat, contohnya jika sebuah golongan memerlukan rumah maka diberikan rumah, jika golongan tersebut memerlukan tanah untuk diusahakan diberikan tanah. Bantuan yang diagihan dilihat kepada keperluan kepada golongan tersebut,” tambah beliau.

Seterusnya forum ini menekan kepada penyampaian maklumat memperolehi zakat diberitahu secara lebih efisen bagi membuktikan pusat zakat menjalankan tanggungjawab dengan lebih produktif.

Dihujung forum para panel berharap masyarakat dapat membantu jabatan agama islam dalam menguruskan agihan zakat kerana kakitangan yang terdapat di jabatan agama islam tidak mampu untuk melihat kepada setiap golongan yang betul-betul memerlukan tambahan lagi terdapat masyarakat yang sukar untuk ke jabatan agama islam untuk memohon bantuan zakat kerana masalah-masalah tertentu.

hm.png
Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

bottom of page