KAMPUS BEBAS DADAH USIM 2015
Nilai, 29 April 2015 - Peningkatan penagihan dadah di Malaysia membimbangkan dan perkara ini sukar untuk dicapai menerusi matlamat kerajaan Malaysia dalam mengurangkan atau sifar dadah pada tahun 2020.
Oleh itu , Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) bersama pelajar Program Fleksi Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) dengan kerjasama pelajar Sarjana Kaunseling mengambil inisiatif menganjurkan ‘Program Kampus Bebas Dadah USIM 2015’ yang mengetengahkan isu berkaitan cara pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat warga USIM baru-baru ini.
Menurut Azizan Ariffin, Ketua Timbalan Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), statistik penagih dadah di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya terhadap golongan remaja sekolah yang dilihat kian meningkat sejak kebelakangan ini.
“ Faktor penambatan harga dadah dengan murah dan mudah merupakan factor utama yang mempengaruhi masyarakat kita terutama pelajar atau mahasiswa kita.” Kata beliau.
Selain itu, dalam ucapan beliau juga, beliau berharap masyarakat dapat memberi kerjasama dalam membantu (AADK) untuk membanteras kes penagihan dadah terutamanya di kalangan pelajar dan mahasiswa sendiri supaya Negara kita bebas dari dadah.
Dalam majlis perasmian penutup itu juga, Prof Madya Mohd Rushdan berkata pihak ACREDA sendiri menjalankan beberapa kajian dalam membendung masalah dadah ini dari terus berleluasa. Terdapat juga program pencegahan penagihan dadah dilakukan disekitar sekolah-sekolah yang terdapat di Nilai.
“ Kami mepunyai pakar-pakar dalam bidang ini untuk terus mengikuti program pencegahan dadah serta beberapa peringkat kajian telah dilakukan keatas beberapa sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar Nilai.”
Selaku Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad berkata diperingkat USIM sendiri terdapat beberapa pemeriksaan keatas mahasiswa dalam membendung masalah ini. Tambah beliau lagi ujian air kencing akan dijalankan keatas para mahasiswa secara rawak dan ketika mahasiswa memasuki universiti.
Program Kampus Bebas Dadah USIM 2015 ini menutup tirai dengan persembahan anjing dari pasukan polis Diraja Malaysia (PDRM). Pertunjukkan ini mempersembahkan bagaimana anjing mengesan dadah dalam setiap operasi.
http://www.adk.gov.my/web/guest;jsessionid=BAAF9E2E542280E1162B8BD98EA16159