top of page

TAMHIDI KEKAL KEJUARAAN BERGANDA DEBAT NC


debat nc.jpg

USIM, 15 MAC - Kejuaraan berganda pelajar Tamhidi pada Piala Debat Naib Canselor ke-lapan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini, membuktikan kehebatan mereka di arena perdebatan universiti.

Pasukan Tamhidi muncul juara keseluruhan Piala Debat Naib Canselor dengan memenangi kategori Bahasa Inggeris ddan Juara bagi kategori Bahasa Arab . Bagi kategori Bahasa Melayu, ia dimenangi oleh Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Pendebat Terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dimenangi oleh Nurul Husna As-Saedah dari FST, manakala Pendebat Terbaik bagi kategori Bahasa Inggeris ialah Efrianis Arika Hasibuan Efendi dari FKP. Mohd Muzakkir Dali dari pasukan Tamhidi dipilih sebagai Pendebat Terbaik bagi kategori Bahasa Arab.

Menurut Muzakkir, walaupun terpaksa membahagikan masa antara latihan debat dan pembelajaran, ia tidak menjadi penghalang.

"Kesibukan tidak menjadi penghalang kepada kami memandangkan peperiksaan semakin hampir untuk merebut peluang yang ada untuk mengasah bakat yang terpendam,"

“Walaupun kami tidak mempunyai pengalaman yang banyak, tetapi dengan adanya sokongan dari tetamu yang datang menyokong membuatkan kami mampu berentap hingga ke peringkat akhir,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapan penutupnya berkata, beliau berharap agar Kelab Debat akan terus aktif dan akan menjadi sebuah kelab yang disegani malah berjaya bukan hanya di peringkat nasional, malah regional dan global.

"Saya berharap agar komitmen dan usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang bukan untuk kejohanan seperti ini malah untuk aktiviti lain,” tambah beliau lagi.

Pertandingan Piala Debat Naib Canselor kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan berbanding penyertaan tahun lepas.

"Sebanyak 57 pasukan berentap termasuk pelajar Tamhidi dimana setiap fakulti menghantar wakil untuk setiap bahasa. Tahun ini juga mempunyai pelbagai kelainan antaranya, pihak pengurusan Kelab Debat sendiri telah menerima elaun sebanyak RM15 setiap seorang,” ujar Pengarah Program, Amir Najib Abdul Hadi.

"Anjuran kali ini dapat mencungkil bakat baharu pelajar dimana boleh menjadi palapis bagi pendebat USIM yang sudah sedia ada selain dapat melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis serta dapat menguasai isu-isu semasa," tambahnya lagi.

Nilai hadiah wang tunai pada penganjuran kali ini dinaikkan dari RM500 ke RM1000 bagi juara pertandingan manakala hadiah Pendebat Terbaik bagi setiap kategori telah dinaikkan dari RM100 ke RM500.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

bottom of page