top of page

IDEOLOGI LIBERALISME PECAH UMAT ISLAM


liberalism-is-a-mental-disease-logo-366x366.jpg

Liberalisme atau liberal adalah sebuah ideologi, fahaman dan mempnyai aliran serta gaya hidup tersendiri. Liberalisme bermula pada abad ke 19 ketika kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1920 di mana 30 tahun sebelum kejatuhan kerajaan ini keadaan politik, siasah, dan ekonomi sangat lemah sehingga digelar ‘orang sakit’ oleh orientalis-orientalis barat. Sultan Abdul Hamid sebagai khalifah terakhir pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah telah banyak berkorban demi untuk mempertahankan agama Islam, akan tetapi ditentang oleh rakyatnya sendiri yang didukung dan dipengaruhi kuat oleh orang barat. Oleh yang demikian, fahaman liberalisme ini mula berkembang dari satu negara ke negara yang lain.

Sebagai contoh negara awal ialah Turki, pada tahun 1922 di mana Mustapha Kamal Attartuk dikenali sebagai ‘Bapa Liberal’ yang berjaya mendirikan dan membentuk negara Turki dengan pahaman sekularisme atau liberalisme. Manakala di negara India, Ahmad Khan didukung oleh orang barat untuk membina sebuah Universiti atas fahaman liberal yang dikenali Universiti Aligarh.

Di antara jenis yang ada dalam fahaman liberalisme adalah dari segi agama, politik dan ekonomi. Dari sudut agama adalah paling menonjol dan berkesan kerana mereka menyerang secara halus melalui pemikiran. Manakala dari sudut politik, mereka percaya bahawa kuasa memerintah hendaklah dibebaskan dari elemen politik warisan atau monarki serta manusia perlu diberikan peluang untuk merebut peranan memimpin dan kepimpinan. Seterusnya dari aspek ekonomi, kegiatan ekonomi hendaklah bebas dari cengkaman peraturan dan campur tangan dari pihak kerajaan.

Faktor yang paling ketara dalam fahaman liberalisme ini adalah disebabkan radikalisme iaitu kelompok yang terlalu menonjol dan berlebihan dalam agama. Pendidikan juga merupakan faktor lain dengan tercemarnya budaya barat dan mula membuat kelompok sendiri untuk menajadi liberalisme. Sebagai contoh, seseorang itu dibiayai pendidikan untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan membawa ideologi liberalisme ke negara asal selepas tamat pengajian. Selain itu, faktor politik barat juga menjadi sebab berlakunya liberalisme iaitu barat sendiri telah mencipta fahaman ini untuk menyokong ideologi kerana mereka sendiri tidak senang dengan orang yang berpegang pada agama.

Seterusnya, kesan negatif daripada fahaman ini adalah tafarruq atau iftiraq iaitu memecah-belahkan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menghapuskan umat Islam daripada bersatu. Sebagai contoh, mereka berjuang habis-habisan untuk memusnahkan ahli sunnah waljamaah dimana mereka menyatakan bahawa segala kandungan di dalam Al-Quran tidak perlu dipraktikkan mahupun diamalkan. Walaubagaimanapun, kesan positif dari fahaman liberalisme ini adalah untuk memupuk semangat juang yang tinggi dalam kalangan orang Islam di samping mengajar umat Islam sendiri untuk lebih mendalami Islam serta membela agama sendiri.

Namun begitu, pengaruh ideologi dan fahaman ini tidak mampu untuk dibendung mahupun dihapuskan sebaliknya kita hanya mampu untuk melawan dan menentang dengan apa jua cara sekali pun tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Kita disarankan untuk sentiasa bersedia dari segi dalaman dan luaran bagi menghadapi ideologi liberalisme ini.

SLECO_chart.png

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page