JATI DIRI MEMBENTUK AQLI DAN NAQLI
Nilai, 24 April – Mahasiswa perlu membentuk jati diri dan perlu tingkatkan ilmu Aqli dan Naqli kata Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof. Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariifin dalam Majlis Amanat beliau, baru-baru ini.
Pelantikan dan penstrukturan kedekanan yang baharu. Prof.Madya. Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin telah menggantikan Prof. Zulkifli Abdul Ghani yang kini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor.
Membentuk jati diri sebagai anak melayu dan budi bahasa adalah antara amanat yang disampaikan oleh Prof.Yahya. Antara aspek lain yang diberi penekanaan ialah mengenai etika pemakaian dan juga mengamalkan sikap berjimat cermat.
“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memotong sebanyak RM10 juta dari peruntukan USIM. Oleh itu, semua kakitangan dan pelajar dimohon untuk laksanakan dasar penjimatan terutama air dan elektrik”, jelas beliau dalam Majlis Amanat tersebut.
Selain daripada isu keselamatan diri, beliau juga menyentuh aspek pencapaian akademik yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar.
“Walaupun ramai mahasiswa FKP yang mendapat anugerah tertinggi ketika majlis graduasi, namun masih ramai pelajar yang tidak mencapai band 3 dalam peperiksaan MUET tahun ini”.
Sehubungan itu, FKP telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel MUET dan berharap mendapat sambutan dalam kalangan pelajar.
Isu kewangan menjadi amanat terakhir dalam ucapan beliau dan meminta mahasiswa lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjelaskan yuran pengajian kerana USIM kini menanggung hutang sebanyak RM12 Juta.
Menurut salah seorang mahasiswi FKP, Rabiatul Nadiah Rusdi, pelantikan ini memberi nafas baharu kepada seluruh warga FKP kerana wujudnya pembaharuan dalam tampuk kepimpinan.
“Saya turut berharap dengan pelantikan ini, ia akan memberi semangat dan nafas baharu kerana wujudnya pembaharuan dalam tampuk kepimpinan”.
Majlis ini dihadiri kira-kira 300 orang mahasiswa FKP dan diakhiri dengan sesi soaljawab bersama mahasiswa FKP.
PROFILE DIRI DEKAN FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN