top of page

150 GERAI DIBUKA SEMPENA MKS


11067670_1646510982237202_272670569368218391_n.jpg

Nilai, 22 April 2015 – Sekitar 150 buah gerai dibuka pada hari Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) yang berlangsung di perkarangan Pusat Keushawanan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat , Syahiru b Shafiai, Minggu Keusahawanan Siswa dilihat sebagai satu wadah dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai softskill dalam menjadi usahawan selaras dengan pendidikan negara dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing.

“Minggu Keusahawanan merupakan program universiti yang terbesar dalam menwujudkan suasana keushawanan di kalangan mahasiswa.Selain membentuk generasi muda yang berdaya saing ianya juga dapat memperkasakan ilmu keushawanan kepada mahasiswa dalam bentuk praktikal.” Ujar beliau.

Terdapat pelbagai juadah jualan yang menyelerakan dan unik dihasilkan dari idea-idea mahasiswa USIM dalam mengaplikasikan inovasi dan kreativiti seterusnya berfikiran kritis bagi menjana pendapatan pada Minggu Keushawanan tersebut.

Program ini melibatkan kesemua mahasiswa yang terdapat di USIM, terdiri daripada pelbagai fakulti. Program ini dilihat dapat mengukuhkan kemahiran memulakan perniagaan melalui aktiviti perniagaan kecil- kecilan ini.

“ Sebagai mahasiswa saya melihat ini merupakan satu langkah yang bagus dalam membentuk usahawan kecil bagi membina kemahiran insaniah untuk memberi galakkan kepada mahasiswa mencuba bidang perniagaan.” Ujar Siti Nur Nabilah Pelajar Jurusan Komunikasi tahun tiga .

Selain itu, aktiviti ini merupakan satu bentuk latihan dalam menjana idea untuk memikirkan strategi dalam menjalani kehidupan untuk mengambil risiko , menyelesaikan masalah, berinovasi dalam mempelajari asas-asas keusahawanan.

Tambahan lagi, menurut pelajar jurusan Fiqh Fatwa Mumtazat Ibrahim, Minggu Keushawanan ini merupakan satu wadah dalam mencontohi Rasulullah dalam menjalani perniagaan.

" Aktiviti ini baik kerana berniaga merupakan aktiviti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan merupakan 9/10 pekerjaan adalah daripada berniaga." ujar beliau.

Selari dengan misi dan visi USIM dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi USIM yang mempunyai kemahiran insaniah dan mengintegrasikan ilmun aqli dan naqli dalam perniagaan dan bidang-bidang lain.

Perasmian program ini dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah di pekarangan pusat keusahawan pelajar (PKP).

IMG_3434.JPG

10660224_1646510968903870_1087014010620077833_n.jpg

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

bottom of page