top of page

PENCARIAN DAIE KINI DI USIM


2.JPG
1.JPG

Nilai, 21 April 2015- Ujibakat Da’I Pendakwah Milenia yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka peluang kepada mahasiswa USIM untuk mencungkil kebolehan diri dalam berdakwah secara kreatif dengan gaya yang tersendiri.

Juri untuk uji bakat kali ini ialah Ustaz Elyas Ismail yang juga merupakan mentor untuk Rancangan Da’e musim ketiga nanti.

Menurut Ustaz Elyas, kriteria yang dicari untuk kali ini lebih menekankan kepada gaya persembahan yang santai.

Selain itu, beliau berkata, peserta mestilah memiliki personaliti yang menarik dan sentiasa rendah diri. Walau bagaimanapun, pengisian yang mantap dan berkualiti merupakan asas untuk ujibakat ini.

3.JPG

“Ternyata ramai peserta USIM kali ini lebih berbakat berbanding tahun lalu, bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas, tetapi mereka juga sangat yakin dan santai ketika berdakwah”, tambah beliau.

Walaupun ujibakat ini berlangsung di USIM, namun peserta luar juga tidak ketinggalan malah hadir untuk mencuba nasib.

Antara yang turut serta ialah Mohd Fadhli Bahari, yang merupakan seorang kerani di Negeri Sembilan ini.

Katanya, dia sama sekali tidak akan melepaskan peluang ini kerana dia ingin mencari pengalaman dalam memberi tazkirah bagi melatih diri berkomunikasi di hadapan orang ramai.

“Program ini bukan hanya menguji keberanian dalam berkomunikasi, malah membantu mendekatkan generasi-Y kepada agama lalu mendalami lebih lagi ilmu Allah”, katanya.

Ujibakat kali ini diserikan lagi dengan kedatangan pengacara Da’I Pendakwah Milenia, Datuk Rosyam Nor yang hadir untuk mempromosikan uji bakat ini.

4.JPG

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

bottom of page