top of page

SPADA JELAJAH PANTAI TIMUR


IMG_1614.JPG

NILAI- Mahasiswa Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) melebarkan sayapnya ke pantai timur menerusi program ‘Kembara Nurani Semarak Impian’ yang diadakan di buah tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahan baru-baru ini.

Program ini bertujuan melawat pusat-pusat pemulihan di pantai Timur bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan yang dijalankan selain berkongsi buah fikiran dan informasi mengenai gejala penyalahgunaan dadah.

Dr. Mohd Isa b.Kamal berkata program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya mahasiswa SPADA kerana mereka sendiri boleh melihat dan mempelajari perkara-perkara diluar pembelajaran. Hal ini kerana mahasiswa hanya memepelajari teoritikal sahaja. Wujudnya aktiviti seperti ini dapat membuka mata dan fikiran mahasiswa dalam membendung masalah dadah di Malaysia terutamaya dalam kalangan mahasiswa itu sendiri.

"Program sebegini penting dalam mempelajari dan mengetahui hakikit sebenar yang dialami oleh penagih dalam menjalani sesi rawatan. Sebagai mahasiswa kita harus sedar teori sahaja belum cukup untuk mendalami sesuatu bidang terutama dalam masalah yang berat seperti dadah ini." ujar beliau dalam ucapannya.

IMG_1570.JPG

Menurut pengarah program, Puan Khairin Fariza Kamarul Bahrin, pelajar-pelajar SPADA komited membantu kerajaan Malaysia dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta mencari langkah efektif agar gejala ini dapat dikurangkan seterusnya merealisasikan hasrat Negara untuk menjadi bebas dadah menjelang 2015

“Melihat kepada kepelbagaian teknik rawatan pemulihan yang digunakan di setiap pusat pemulihan tersebut, saya bersetuju bahawa tiada teknik yang khusus untuk seorang penagih kecuali teknik itu perlu memenuhi setiap keperluan individu penagih yang menjalani rawatan.” kata beliau.

Beliau turut menjelaskan perkara yang perlu dilakukan, untuk mencapai matlamat sifar dadah adalah semangat dan usaha yang berterusan untuk melihat masyarakat bebas dadah di samping mewujudkan warganegara yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual sekaligus melahirkan warganegara yang berminda kelas pertama.

“Masyarakat sekeliling seharusnya memberi semangat dan membantu mereka untuk melalui fasa perubahan tersebut dengan tidak memandang serong kepada bekas-bekas penagih ini.” ujar beliau.

Tambah beliau antara, objektif lain program ini adalah bertujuan memberi pendedahan mengenai maklumat dan kefahaman tentang modul rawatan dan pemulihan yang digunakan institusi pemulihan dadah yang dilawati di samping membina hubungan erat di antara pihak universiti dengan masyarakat seterusnya memastikan apakah bentuk sumbangan yang boleh diusahakan oleh pihak mahasiswa.

Menurut Penolong Pengarah Rawatan dan Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kelantan, Encik KhairulAzmi b Mohamad berkata, setiap penagih yang telah melakukan kesilapan lampau haruslah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.

“Setiap anak ada melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang bersalah adalah mereka yang bertaubat kepada Allah s.w.t,” kata beliau ketika ditemuramah di majlis makan malam bertempat di Restauran Sri Chengmai Kota Bharu, Kelantan.

Antara tempat lawatan yang dikunjungi sepanjang program ini ialah Pusat Pemulihan Wanita Bachok, Pusat Pemulihan Remaja (Cure&Care) Kota Bharu, Baitul Taubah Jeram Pasu, Pusat Pemulihan Hati Jenagor, Drug Intervention Community Kuantan dan Bodhi Geha (Buddha Rehab Centre), Pahang.Program yang berlangsung selama lima hari ini bermula pada 8 April sehingga 12 April yang lepas dan disertai seramai 36 orang pelajar.

DSC_1689.JPG

http://fkp.usim.edu.my/

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

bottom of page