Penyertaan sulung OCSS menyegat dalam SUKOL
Kemunculan pertama Out Campus Student Sekritariat (OCSS) sebagai peserta memberikan impak yang besar kepada SUKOL Kali Kelima baru-baru ini.
Penyertaan dari OSCC memberikan saingan yang sengit serta kewujudan mascot yang kreartif dari OSCC mengamit suasana SUKOL kali kelima anjuran Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) yang bergilir-gilir antara kolej kediaman yang terdapat di USIM.
Menurut Dr. Nik Shafikudin Nik Tajuddin Pengerusi SUKOL ke-5 , SUKOL merupakan satu wadah untuk mancari bakat pelajar USIM terutama dalam bidang sukan kerana kenaikan mutu sukan di USIM. Selain membudayakan sukan di USIM.
“ SUKOL dapat dijadikan satu platform mengenegahkan bakat baru untuk dilihat sebagai deligasi sukan setanding dengan university diluar.”
Selain itu peserta dari OCSS berasa gembira kerana penyertaan mereka pada kali ini agak mengagumkan walaupun ini merupakan penyertaan mereka yang pertama dalam SUKOL ini.
“Kerjasama yang diberikan oleh peserta OCSS adalah baik dan berharap penyertaan pada masa akan datang dapat ditingkatkan seterusnya dapat merangkul anugerah keseluruhan terbaik.” Ujar wakil dari OCSS.
Majlis perasmian penutup SUKOL dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM yang turut dihadiri Prof Dato’ Dr. Mohammad Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan kakitangan Kolej Kediaman.
Kemenangan kali ini diperoleh Kediaman Kediaman Satu (KKI) dengan pungutan 40 mata hasil kutipan 4 pingat emas , 6 pingat perak dan satu gangsa. Pingat emas disumbangkan melalui acara Badminton Berpasukan, Bola Jaring, Olahraga Lelaki dan Olahraga wanita.