TAUTAN MAHABBAH ERAT UKHWAH MAHASISWA
Seramai 200 orang mahasiswa Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai program “TautanMahabbah” anjuran ke tiga tahun dua Komunikasi yang bertemakan “Menyelusuri Tasbih Ukhwah dan bercirikan perkhemahan di dalam hutan, di Kem Alang Sendayu, Gombak Selangor, baru-baru ini.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dari segi komunikasi, kepimpinan dan juga pengurusan dalam kalangan peserta serta dapat mengeratkan hubungan mesra dan silaturrahim antara sesama peserta.
Menurut pensyarah Komunikasi yang juga merupakan perasmi program, Puan Rosninawati Hussin berkata, program seperti ini perlu ditekankan selain dari aktiviti akademik untuk mengeratkan ukhwah sesama mahasiswa.
“Program berbentuk perkhemahan seperti ini perlu ditekankan ke dalam diri mahasiswa untuk mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling serta dapat mengukuhkan ukhwah antara sesama peserta”.
Turut ditemuramah, Pengarah Program Mior Muhammad Shahid Mohammad Zain berkata, pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka hadapi sepanjang mengendalikan program Tautan Mahbbah ini.
“Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran sebelum dan sepanjang mengendalikan program in selain dari masalah ketidakkehadiran beberapa peserta, namun ia tidak menghalang saya dan urusetia untuk menjayakan program saban tahun ini”, ujar Mior.
Tambah beliau lagi, “program bercirikan perkhemahan ini tercetus kerana menginginkan kelainan dari anjuran sebelum ini serta menyahut cabaran dari senior untuk memperbaiki lagi mutu program.
Beliau sendiri mengharapkan peserta berasa gembira dan berpuas hati dari segi semua aspek dan juga mengharapkan agar jalinan kasih sayang sesama peserta dapat dikekalkan hingga ke hujung nyawa.
Menurut salah seorang peserta, Nur Najihah Abd Rahman, program ini membantu dan menggalakkan semangat kerjasama antara mereka di dalam sebuah pasukan.
“Program seperti ini baik dan membantu saya untuk lebih proaktif dan bertanggungjawab serta bekerjasama di dalam sebuah pasukan.
Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah melibatkan mahasiswa tahun satu, dua dan tiga Komunikasi.
Pelbagai program telah diadakan antaranya ialah ekplorasi, merentas hutan, latihan dalam kumpulan dan senamrobik.